Isnin, 8 Julai 2013

      PIHAK PENGURUSAN SURAU AS-SYAKIRIN, TAMAN MAHSURI, PADANG SERAI INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK 1434 H SEMUGA KEDATANGAN BULAN YANG MULIA INI AKAN MENAMBAH KETAKWAAN KITA KEPADA ALLAH SWT....AMIN

“Sesungguhnya di syurga terdapat pintu yang dinamakan al-Rayyan. Orang-orang yang berpuasa akan masuk melalui pintu itu pada hari Kiamat. Tidak ada seseorang pun yang akan masuk melalui pintu ini kecuali mereka .Dikatakan: Mana orang-orang yang berpuasa? Lalu mereka semua berdiri. Tidak ada seorang pun yang masuk melalui pintu ini selain mereka. Apabila mereka semua telah masuk, pintu ini akan ditutup dan tidak ada seorang pun yang akan masuk melaluinya”
(Diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam Shahih al-Bukhari, Kitab al-Shaum – no: 1896)

Abu Umamah r.a berkata:
“Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w: Ya Rasulullah! Tunjukkan kepadaku satu amalan yang membolehkan aku memasuki syurga dengan cara itu. Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: Kamu hendaklah berpuasa kerana sesungguhnya tidak ada satu cara pun yang mampu menandinginya”
(Diriwayatkan oleh Ibn Hibban – no: 3494)




KERJA-KERJA PEMASANGAN LANGSIR DAN KARPET BARU SURAU ATAS SUMBANGAN JEMAAH DAN JUGA JADUAL BERBUKA PUASA 2013

Jumaat, 5 Julai 2013

Kutipan wakaf pendidikan Surau As-Syakirin, Taman Mahsuri, Padang Serai


Kepada para dermawan yang budiman dipohon agar dapat memberi sumbangan wakaf pendidikan untuk anak bangsa di dalam menuntut ilmu dunia dan akhirat semuga sumbangan anda diberkati oleh Allah swt. sebagai amal jariah.

Kutipan Dana Ramadhan 2013

Makluman kepada semua penduduk Taman Mahsuri, Padang Serai sedang menjalankan kutipan dan Ramadhan 2013 sebanyak Rm10.00 sebuah keluarga.  Diharap semua penduduk memberi kerjasama di dalam kutipan ini untuk menjalankan program surau seperti program Qiamullail, tazkirah, majlis berbuka puasa bersama sumbangan kepada fakir miskin (tarikh ditetapkan kemudian).  Semua sumbangan anda akan diberkati oleh Allah hendaknya.  Terima kasih