PIHAK PENGURUSAN SURAU AS-SYAKIRIN, TAMAN MAHSURI, PADANG SERAI INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK 1434 H SEMUGA KEDATANGAN BULAN YANG MULIA INI AKAN MENAMBAH KETAKWAAN KITA KEPADA ALLAH SWT....AMIN
“Sesungguhnya di syurga terdapat pintu yang dinamakan al-Rayyan. Orang-orang yang berpuasa akan masuk melalui pintu itu pada hari Kiamat.
Tidak ada seseorang pun yang akan masuk melalui pintu ini kecuali
mereka .Dikatakan: Mana orang-orang yang berpuasa? Lalu mereka semua
berdiri. Tidak ada seorang pun yang masuk melalui pintu ini selain
mereka. Apabila mereka semua telah masuk, pintu ini akan ditutup dan
tidak ada seorang pun yang akan masuk melaluinya”
(Diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam Shahih al-Bukhari, Kitab al-Shaum – no: 1896)
Abu Umamah r.a berkata:
“Aku
bertanya kepada Rasulullah s.a.w: Ya Rasulullah! Tunjukkan kepadaku
satu amalan yang membolehkan aku memasuki syurga dengan cara itu. Lalu
Rasulullah s.a.w bersabda: Kamu hendaklah berpuasa kerana sesungguhnya
tidak ada satu cara pun yang mampu menandinginya”
(Diriwayatkan oleh Ibn Hibban – no: 3494)